Penyedia Pendidikan Premier.png
previous arrow
next arrow
Shadow

Sijil Agroteknologi 

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan pengetahuan dn kemahiran dalam pengrusan dan penjagaan tanaman bermual dari aspek asas pertanian hingga pengeluaran hasil tanaman mengikut teknik dan kaedah yagn betul dengan mengaplikasikan teknologi semasa. Pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran merancang dan menguruskan aktiviti pertanian seperti penanaman, pengurusan pembajaan, pengurusan kawalan penyakit dan perosak, penuaian, pemprosesan produk serta pemasaran hasil tanaman semasa dalam tempoh pengajian.

Syarat Am Kemasukan    

 Warganegara Malaysia
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

Mohon Sekarang 

Sijil Pengembaraan Pelancongan

Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan. 

Syarat Am Kemasukan    

 Warganegara Malaysia
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

Mohon Sekarang

Sijil Teknologi Penyelenggaraan kenderaan Pacuan 4 Roda

Program ini memberi pengkhususan kepada penyenggaran kenderaan pacaun empat roda. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automatif. Pengetahuan dan Kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam perkerjaan.